Subscribe Twitter

Thursday, June 16, 2011

kolej unikop

errr .
semakin hari semakin sadis aku ni.
semalam da terlepas nak ke kptm , takpa laa.
apa nak buad bukan rezeki aku ke sana ,
kalau nak apply lagi kena tunggu next semester!
bulan oktober o november,
tak ke kene hambat dgn mama aku nanti,siasia hidup!
usha punya usha aku tergerak na on kolej unikop.
naseb tengah baik, intake untuk bulan julai dah buka ;)
apa lagy ? isi lhaa form ,
sini macam terjamin sikit sistem belajar tuh ;)
plus, yuran pun okay sgt lhaa ! haha .
sini jeaa kot harapan , lain suma dah terlepas.
sini aku copy sepintas lalu pasal unikop! hee .


 
Unikop Sepintas Lalu

Kolej Unikop merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi yang terletak di Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves, Kuala Lumpur dan mula beroperasi pada tahun 1997.

Ia juga merupakan Kolej Bersekutu Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang telah diberi kepercayaan oleh universiti tersebut untuk menawarkan program-program peringkat Pra-Diploma, Sijil dan Diploma di dalam pelbagai bidang dari Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Kolej Unikop memberi jaminan bahawa semua program (kursus) akademik yang ditawarkan adalah berkualiti dengan memenuhi standard yang telah ditetapkan dan telah mendapat “Perakuan Akreditasi “ penuh dan diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian dari salah satu Program Usahasama Universiti Teknologi MARA (UiTM) peringkat Diploma akan dianugerahkan Diploma oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada Majlis Konvokesyen UiTM yang diadakan pada setiap tahun di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

Sama seperti pelajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM), pelajar yang berjaya menamatkan program peringkat Diploma di Kolej Unikop berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat Ijazah terutamanya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) atau mana-mana universiti awam (IPTA) di Malaysia dan universiti luar negara.

0 idea hot stalker ;):

Post a Comment